Konflik Myanmar | ASEAN perlu capai ‘end game’

2022-09-21 0

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menegaskan keperluan untuk ASEAN mempunyai kerangka yang mencapai ‘end game’ atau peringkat terakhir dalam menyelesaikan konflik Myanmar.

Ia susulan pelaksanaan hukuman bunuh ke atas empat aktivis demokrasi Myanmar pada Isnin lalu yang digambarkan sebagai jenayah terhadap kemanusiaan serta menunjukkan junta tentera negara itu mempermainkan konsensus lima perkara yang dipersetujui.